Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Taklimat Integriti Kepada Staf UniSZA.
Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh / Hari: 30 Jun 2021 (Rabu)
Masa: 2.30 Petang
Aplikasi: Secara Dalam Talian (Cisco Webex Event) https://unisza.webex.com
Penceramah: YBrs. Prof. Dr. Zuhairah Ariff binti Abd. Ghadas Dekan Fakulti Undang-Undang & Hubungan Antarabangsa / Mantan Penasihat Undang-Undang UniSZA
Tajuk: Integriti Ketika Bekerja Dari Rumah (BDR): Tanya Sama Hati
Sehubungan dengan itu, semua staf UniSZA dijemput untuk mengikuti taklimat tersebut yang diadakan secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Online Cisco Webex Event. Link bagi Cisco Webex Event tersebut akan diedarkan melalui group sosial media Pusat Tanggungjawab (PTj) masing-masing sebelum taklimat tersebut berlangsung.
Sebarang pertanyaan, YBrs. Prof. / Prof. Madya / Dr. / tuan / puan bolehlah menghubungi Encik Wan Mohd Hamidi bin Wan Harun, Pegawai Tadbir, CenTTM di talian 09-6688694 / 019-9091969.
Kerjasama YBrs. Prof. / Prof. Madya / Dr. / tuan / puan dalam menjayakan taklimat e-Latihan ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM) Universiti Sultan Zainal Abidin Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak Kuala Nerus, Terengganu Tel: 09-6688694/8378
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my