Berita

Hebahan

BULETIN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN SIRI 12

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

YBhg. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan

HEBAHAN BULETIN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN SIRI 12

Dimaklumkan bahawa Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), UniSZA telah mengeluarkan Buletin Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Siri 12 yang bertajuk Kualiti Udara Dalaman.

Bagi mendapatkan buletin tersebut, YBhg. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan boleh melayari laman sesawang Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, UniSZA atau klik pada pautan berikut:

https://keselamatan.unisza.edu.my/

Dengan adanya buletin ini, ianya dapat memberikan sedikit maklumat atau panduan berhubung aspek keselamatan dan kesihatan kepada semua staf dan ianya juga sebagai suatu bentuk pengetahuan tambahan yang mungkin bermanfaat pada masa akan datang.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, YBhg. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan boleh berhubung dengan Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, JKKP, UniSZA di talian 09-668 8664/7830/8363.

Sekian terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT: DARURAT MEMERANGI COVID-19”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

‘Ilmu dan Akhlak’

Yang menjalankan amanah,

Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Univerisiti Sultan Zainal Abidin

Dihantar oleh: izzuddinbadrol@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.