Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan (CcoRM) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Bengkel Penulisan Berita dan Artikel kepada Staf UniSZA. Tujuan bengkel ini adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam penulisan berita dengan cara dan format yang betul serta mengelakkan daripada melakukan kesalahan dalam penulisan dan meningkatkan kemahiran serta menguasai cara penulisan gaya berita majalah dan akhbar dengan format yang betul.
Maklumat bengkel adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/Hari: 4 - 5 Ogos 2021 (Rabu-Khamis)
Masa: 9.00 Pagi - 4.30 Petang
Aplikasi: Secara Dalam Talian Cisco Webex Event (Link Webex Event: tinyurl.com/BengkelBerita )
Event Number: 158 885 9895
Event Password: pGJJApsM633
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua Pusat tanggungjawab (PTj) untuk menghantar nama satu(1) orang wakil PTj Gred 29 dan ke atas untuk mewakili PTj masing-masing bagi menghadiri bengkel tersebut. Senarai nama peserta bolehlah diemailkan kepada mohdkhalid@unisza.edu.my. selewat-selewatnya sebelum atau pada 1 Ogos 2021 (Ahad).
Kerjasama YBrs. Prof. / Prof. Madya / Dr. / tuan / puan dalam menjayakan bengkel ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak Tel: 09-6688378/8715
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my