Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sukacita dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Etika Penyelidikan Manusia UniSZA (UHREC), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan UniSZA (CenTTM) akan mengadakan seminar "Application Procedures for Applicants and Review Process for Potential Reviewers" UHREC.
Maklumat seminar adalah sepertimana berikut:-
Tarikh/Hari: 15 Ogos 2021 (Ahad)
Masa: 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat: Secara Dalam Talian
Sehubungan itu, semua staf akademik, pelajar pascasiswazah dan semua ahli jawatankuasa UHREC dijemput menyertai seminar tersebut menerusi pautan https://tinyurl.com/UHREC15Ogos.
Kehadiran ke seminar ini akan direkod sebagai latihan tahunan staf. Sila hubungi Puan Nurnazahiah binti Ali, Penolong Pendaftar di talian 09-668 7757/013-9037786 untuk sebarang pertayaan.
Segala kerjasama amat dihargai dan saya dahuluyi dengan ucapan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my