Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan menganjurkan Kursus Pengurusan Stres secara dalam talian kepada staf UniSZA. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk menambahkan pegetahuan peserta untuk mengurus tekanan (stres) dengan berkesan melalui pemantapan pengurusan diri, meningkatkan kemahiran peserta untuk mengesan, mengawal dan mengatasi tekanan dalaman diri serta memantapkan tahap kesihatan diri dan mewujudkan persekitaran yang lebih positif di tempat kerja dan mengatasi tekanan dalam perhubungan dengan rakan sekerja melalui kemahiran insaniah yang tinggi.
Maklumat kursus adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/Hari: 30 Ogos 2021 (Isnin)
Masa: 10.00 Pagi
Aplikasi: Secara Dalam Talian Cisco Webex Event Link: http://tinyurl.com/KursusPengurusanStres2021
Password: eyZwNSM3p35
Penceramah: YBrs. Dr. Rafidah binti Kastawi Kaunselor Berdaftar & Pengasas Modul Nurani REST
Tajuk Ceramah: Pengurusan Emosi Aplikasi Terapi Nurani Seni Ekspresif REST
Sehubungan dengan itu, semua staf UniSZA dijemput untuk mengikuti kursus tersebut secara dalam talian dengan menggunakan aplikasi Cisco Webex Event. Peserta dikehendaki menyediakan peralatan kertas A4, krayon/pensil warna dan surat khabar/majalah lama untuk kegunaan semasa kursus tersebut berlangsung.
Kehadiran tuan/puan bagi kursus tersebut akan direkodkan sebagai rekod latihan tahunan staf. Sebarang pertanyaan, tuan/puan bolehlah menghubungi Encik Wan Mohd Hamidi bin Wan Harun, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688694 / 019-9091969.
Sekian, salam hormat.
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) UniSZA Kampus Gong Badak Tel: 09-6688378/019-3225371
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my