Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan akan menganjurkan Kursus Setiausaha Pejabat Secara Dalam Talian kepada staf UniSZA. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk menyenaraikan skop kompetensi jawatan dengan tepat bagi Setiausaha Pejabat berpandukan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 27 Tahun 2009, mengenalpasti keupayaan dan mengesan potensi diri dan menyenaraikan teras untuk menjadi Customer Service Champion.
Maklumat kursus adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/Hari: 13-14 September 2021 (Isnin-Selasa)
Masa: 9.00 Pagi - 4.30 Petang
Aplikasi: https://tinyurl.com/KursusSetiausahaPejabat2021
Event Password: Y8EukcrAJ35
Penceramah: a) Puan Suzana binti Ibrahim Perunding Latihan Kanan, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jalan Elmu, Kuala Lumpur
b) YBrs. Dr. Rohaizan binti Daud Perunding Latihan Kanan, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jalan Elmu, Kuala Lumpur
Sebarang pertanyaan, tuan/puan bolehlah menghubungi Encik Wan Mohd Hamidi bin Wan Harun, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688903/014-8389980.
Sekian dan salam hormat.
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak Tel: 09-6688378 / 014-8389980
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my