Berita

Hebahan

JEMPUTAN KE PROGRAM SHARING SESSION: STEPS TO SUCCESSFUL COMMERCIALIZATION OF AN INNOVATION

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inkubator Penyelidikan (CREIM) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan UniSZA (CenTTM) akan mengadakan Program Sharing Session: Steps to Successful Commercialization of an Innovation.

Maklumat program adalah sepertimana berikut: 

Tarikh/Hari:      07 Oktober 2021 (Khamis)

Masa:               10.00 pagi hingga 12.45 tengahari

Tempat:            Secara Dalam Talian (https://unisza.webex.com)

Sehubungan dengan itu, semua staf akademik dijemput menyertai program tersebut menerusi pautan https://tinyurl.com/Commercialization7Okt.

Kehadiran ke program ini akan direkod sebagai latihan tahunan staf. Sila hubungi Puan Norziyana binti Ahmat Azemi, Pegawai Penyelidik CREIM di talian 09-668 7982 untuk sebarang pertanyaan.

Segala kerjasama amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

 

Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.