Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) dengan kerjasama Pejabat Pendaftar UniSZA akan mengadakan Webinar Kecemerlangan Staf Akademik UniSZA Tahun 2021.
Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/Hari: 4-5 Oktober 2021 (Isnin-Selasa)
Masa: 9.00 Pagi - 4.30 Petang
Aplikasi: Secara Dalam Talian (Cisco Webex)
Link: Taklimat dan Slot 1: https://tinyurl.com/MLKslot1 Password:MLKslot1 Slot 2: https://tinyurl.com/MLKslot2 Password: MLKslot2 Slot 3: https://tinyurl.com/MLKslot3 Password: MLKslot3 Slot 4: https://tinyurl.com/MLKslot4 Password: MLKslot4 Slot 5: Https://tinyurl.com/MLKslot5 Password: MLKslot5 (pautan boleh dicapai mulai jam 8.30 Pagi [4 Oktober 2021)
Untuk makluman, surat jemputan staf Akademik yang terlibat telah diedarkan kepada staf akademik melalui email dan salinan kepada Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj) pada 28 September 2021 (Selasa). Semua Staf Akademik diwajibkan untuk hadir bagi Taklimat Kecemerlangan Staf Akademik oleh Encik Ismail bin Musa, Pendaftar UniSZA dan Slot 1: Perkongsian Bersama YBhg. Prof. Dr. Fadzli bin Adam, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) [Menjalankan Fungsi Naib Canselor UniSZA] serta Slot 4: Menyantuni Perubahan yang akan disampaikan oleh YBhg. Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Mohd Jailani bin Mohd Nor, Pengarah Pusat Strategik Penjanaan Pendapatan, Universiti Teknikal Melaka (UTeM). Kehadiran staf akan direkodkan dalam sistem e-Latihan UniSZA melalui QR-Code i-UniSZA.
Sila hubungi Puan Nur Amalyna binti Radzali, Pegawai Psikologi Kanan, CenTTM untuk sebarang pertanyaan dan makluman di talian 09-6688961/012-9523688.
Kerjasama YBrs. Prof./ Prof. Madya/ Dr. /tuan/puan dalam menjayakan webinar ini amatlah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) Universiti Sultan Zainal Abidin (CenTTM) Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak Tel: 09-6688961/012-9523688
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my