Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Bendahari dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Kursus Pengurusan Kewangan UniSZA kepada wakil Pusat Tanggungjawab (PTj) UniSZA. Tujuan kursus ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pengurusan kewangan secara am, meningkatkan kefahaman tentang akauntabiliti dalam pengurusan kewangan, memahami sistem pengurusan kewangan yang sistematik dan berkesan serta mendorong sikap ke arah kecekapan dan kecemerlangan organisasi UniSZA.
Maklumat kursus sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/Hari: 6 Oktober 2021 (Rabu)
Masa: 9.00 Pagi - 4.30 Petang
Aplikasi: Secara Dalam Talian (Cisco Webex)
Link: https://tinyurl.com/KursusPengurusanKewangan2021
Password: BNkbzyTD232
Penceramah: a) Puan Aizam binti Awang Ketua Penolong Bendahari, Pejabat Bendahari b) Puan Rozitawati binti Aziz Penolong Bendahari Kanan, Pejabat Bendahari c) Encik Hassan Basri bin Zulkifli Penolong Bendahari, Pejabat Bendahari d) Puan Fatin Amalina Izzati binti Muhamad Yusof Penolong Bendahari, Pejabat Bendahari
Sehubungan dengan itu, semua staf pentadbiran UniSZA dijemput untuk mengikuti kursus tersebut secara dalam talian Cisco Webex. Peserta juga dikehendaki untuk memuat turun aplikasi tersebut di https://unisza.webex.com. Sila hubungi Encik Wan Mohd Hamidi bin Wan Harun, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688694/019-9091969 untuk sebarang pertanyaan dan makluman.
Kerjasama YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan dalam menjayakan kursus ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak Tel: 09-6688694/8378 H/P: 019-9091969
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my