Berita

Hebahan

MAKLUMAN PENUTUPAN STOR PUSAT, PEJABAT BENDAHARI PADA 12-14 OKT 2021

Kepada semua warga UniSZA,

Sukacita dimaklumkan, Seksyen Pengurusan Aset akan menjalankan pemeriksaan stok di Stor Pusat, Pejabat Bendahari. Pemeriksaan ini merangkumi pengiraan stok keluar masuk barang di Stor Pusat secara keseluruhan.

Sehubungan itu, Stor Pusat, Pejabat Bendahari akan ditutup bermula pada 12 Oktober 2021 (Selasa) hingga 14 Oktober 2021 (Khamis) kerana pemeriksaan ini akan melibatkan semua kakitangan Seksyen Pengurusan Aset. Semua PTj yang memerlukan stok alatan pejabat untuk kegunaan segera, HENDAKLAH mengambil barang di Stor Pusat SEBELUM 12.30 TENGAHARI, 10 Oktober 2021 (Ahad).

Kerjasama daripada semua warga UniSZA amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Dihantar oleh: faridahaziz@unisza.edu.my
.