Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan
HEBAHAN PELAN INDUK KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 2021 - 2025
Merujuk kepada perkara di atas.
2. Untuk makluman YBhg. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan, pada 13 Oktober 2021 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah melancarkan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021 - 2025 yang bertemakan KKP INKLUSIF - KEBERSAMAAN & KOMITMEN.
3. Tujuan Pelan Induk Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2021 - 2025 dilancarkan adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dengan mengurangkan kadar kemalangan, kematian dan jangkitan penyakit, yang sekaligus membantu usaha kerajaan meningkatkan tahap kesejahteraan rakyat.
4. Bagi mendapatkan pelan induk tersebut, disertakan pautan seperti berikut:
5. Sebarang pertanyaan lanjut berhubung aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan, YBhg. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan boleh menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, JKKP UniSZA di talian 09-6688664/7830/8363.
6. Semoga perkara ini dalam makluman YBhg. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan jua.
Sekian, terima kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
‘‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’’
‘Ilmu dan Akhlak’
Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
Universiti Sultan Zainal Abidin