Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Lembaga Tabung Haji Cawangan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Webinar Pengurusan Kewangan Bersama Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Lembaga Tabung Haji kepada Staf UniSZA. Tujuan program ini adalah untuk menerangkan tentang sistem pengurusan kewangan dengan betul, sistematik dan berkesan serta kemudahan yang disediakan oleh BSN dan Lembaga Tabung Haji.
Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/Hari: 27 Oktober 2021 (Rabu)
Masa: 9.00 Pagi - 1.00 Tengah Hari
Aplikasi: Secara Dalam Talian (https://unisza.webex.com)
Penceramah 1: Encik Mohamad Harif Saifudin bin Omar Penasihat Jualan Bank Simpanan Nasional (BSN) Cawangan Kuala Terengganu
Penceramah 2: Encik Azmy bin Salleh Pengurus Lembaga Tabung Haji Cawangan Besut
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama semua Ketua Pusat Tanggungjawab (KPTj) untuk menjemput staf dibawah Pusat Tanggungjawab (PTj) YBrs. Prof. / Prof. Madya / Dr. / tuan / puan untuk menyertai webinar ini yang akan diadakan secara dalam talian dengan menggunakan Aplikasi Cisco Webex Meeting. Peserta juga dikehendaki untuk memuat turun aplikasi tersebut di https://unisza.webex.com. Link bagi penyertaan webinar ini akan diedarkan kepada urusetia e-Latihan Pusat Tanggungjawab (PTj) masing-masing sebelum tarikh program tersebut.
Sila hubungi Encik Wan Mohd Hamidi bin Wan Harun di talian 09-6688694/019-9091969 untuk sebarang pertanyaan dan makluman. Kerjasama YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan dalam menjayakan webinar e-Latihan ini amatlah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak Tel: 09-6688694/019-9091969
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my