Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan (CREIM) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan UniSZA (CenTTM) akan mengadakan Taklimat Pengurusan Geran dan Kewangan Bagi Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Kelulusan 2021.
Maklumat taklimat adalah sepertimana berikut:
Tarikh/Hari: 28 Oktober 2021 / Khamis
Masa: 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat: Secara Dalam Talian
Pencerama: i) YBrs. Dr. Imilia binti Ismail
Timbalan Pengarah (Penyelidikan & Penerbitan)
CREIM
ii) Encik Mohd Fadhil bin Hussein
Ketua Pegawai Kewangan
Pejabat Bendahari
Sehubungan dengan itu, semua penyelidik dijemput menyertai taklimat tersebut menerusi pautan https://tinyurl.com/TaklimatFRGS28Okt.
Kehadiran ke taklimat ini akan direkod sebagai latihan tahunan staf. Sila hubungi Puan Nurul Syazwani binti Ab. Rani, Pegawai Penyelidik Sosial CREIM di talian 09-668 7983 untuk sebarang pertanyaan.
Segala kerjasama amat dihargai dan saya dahuli dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian dan salam hormat
*Surat jemputan peserta telah di emel dan di hantar ke fakulti pada 20 Oktober 2021 (Rabu).
Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my