Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inkubator Penyelidikan (CREIM) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan UniSZA (CenTTM) akan mengadakan Sesi Perkongsian dan Tips Permohonan Geran FRGS 2022 oleh Ketua Kluster KPT. Tujuan sesi perkongsian ini diadakan bagi memberi penerangan dan tips kepada staf akademik dan penyelidik berkenaan permohonan geran FRGS.
Maklumat sesi perkongsian adalah sepertimana berikut:-
Bil. | Ketua Kluster | Tarikh / Hari / Masa | Link Program |
i. |
YBrs. Prof. Dr. Hjh. Ku Ruhana Ku Mahamud (UUM) Ketua Kluster Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT) |
2 Januari 2022 (Ahad) 10.00 pagi - 12.00 t/hari |
Kata laluan: frgsICT |
ii. |
YBrs. Prof. Dr. Zulkifli Yusop (UTM) Ketua Kluster Warisan & Alam Budaya (WAB) |
3 Januari 2022 (Isnin) 10.00 pagi – 12.00 t/hari |
Kata laluan: frgsWAB |
iii. |
YBrs. Prof. Sr. Dr. Abdul Rashid Abdul Aziz (USM) Ketua Kluster Sastera & Sastera Ikhtisas (SSI) |
4 Januari 2022 (Selasa) 9.00 pagi – 11.00 pagi |
Kata laluan: frgsSSI |
iv. |
YBhg. Prof. Dato’ Dr. Abu Bakar Abdul Majeed (UiTM) Ketua Kluster Sains Kesihatan & Klinikal (SKK) |
5 Januari 2022 (Rabu) 10.00 pagi – 12.00 t/hari |
Kata laluan: frgsSKK |
v. |
YBrs. Prof. Dr. Norhamidi Muhamad (UKM) Ketua Kluster Teknologi & Kejuruteraan (TK) |
12 Januari 2022 (Rabu) 3.00 petang – 5.00 petang |
Kata laluan: frgsTK |
Sehubungan dengan itu, semua staf akademik dan penyelidik dijemput menyertai sesi perkongsian tersebut. Kehadiran ke sesi perkongsian ini akan direkod sebagai latihan tahunan staf. Sila hubungi Encik Nur Amatur Rahman bin Abd Razak, Pengawai Penyelidikan Sosial, CREIM di talian 09-668 7984 untuk sebarang pertanyaan.
Segala kerjasama amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my