Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) dengan kerjasama Pejabat Pendaftar akan menganjurkan Kursus Etiket dan Protokol Dalam Pemanduan kepada Pemandu Kenderaan UniSZA 2022. Tujuan kursus ini adalah untuk melahirkan pemandu berimej dalam berurusan dengan organisasi luar, memantapkan pengetahuan dalam protokol dalam melaksanakan tugasan rasmi di peringkat universiti dan lebih tinggi, mempamerkan imej dan ketrampilan diri pemandu kenderaan kerajaan dengan baik dan mengaplikasikan Etiket dan Protokol Pemanduan Kenamaan dengan betul.
Maklumat kursus adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh / Hari: 5 Januari 2022 (Rabu) Masa: 9.00 Pagi - 4.30 Petang Tempat: Dewan Auditorium Perpustakaan Perpustakaan Al-Wathiqu Billah UniSZA Kampus Gong Badak
Sehubungan dengan itu, surat jemputan peserta telah diedarkan ke Pusat Tanggungjawab (PTj) masing-masing pada 2 Januari 2022 (Ahad). Sila berhubung dengan Encik Wan Mohd Hamidi bin Wan Harun, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688694/019-9091969 untuk sebarang makluman dan pertanyaan.
Kerjasama dan komitmen pihak tuan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak Tel: 09-66688694 / 8378
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my