Assalammualaikum dan Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Kursus Customer Service Hero Kepada Staf UniSZA 2022. Kursus ini bertujuan untuk untuk melahirkan kakitangan yang efektif dalam komunikasi secara verbal dan non verbal terutamanya dalam melayan pelanggan secara bersemuka, mengenalpasti kepentingan pembudayaan etika kerja professional dalam perkhidmatan pelanggan dan mengetahui business etiquette yang yang perlu dipraktikkan sebagai kakitangan apabila berurusan dengan pihak luar.
Sehubungan dengan itu, tuan/puan telah dipilih oleh Ketua Pusat Tanggungjawab (KPTj) masing-masing untuk mengikuti kursus tersebut. Maklumat kursus adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/Hari: 6 Januari 2022 (Khamis) Masa: 8.30 Pagi - 4.30 Petang Tempat: Dewan Seminar CenTTM 1 Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak
Surat jemputan peserta telah diedarkan ke PTj masing-masing pada 3 Januari 2022 (Isnin). Kerjasama dan komitmen tuan/puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak Tel: 09-6688694 / 8378
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my