Berita

Hebahan

Gangguan Penggunaan Aplikasi Webex Dalam Rangkaian UniSZA

Gangguan Penggunaan Aplikasi Webex Dalam Rangkaian UniSZA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman, buat masa sekarang terdapat gangguan penggunaan Aplikasi Webex yang menggunakan rangkaian UniSZA disebabkan oleh serangan virus/malware yang berpunca daripada peranti yang mempunyai virus/ malware tersebut. Oleh itu, mohon jasa baik semua kakitangan menggunakan alternatif lain untuk mengadakan mesyuarat secara atas talian. Di antara alternatif lain yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

1. Google Meet UniSZA:
Semua staf dan pensyarah yang mempunyai emel rasmi UniSZA boleh menggunakan Google Meet UniSZA dengan login kepada UniSZA ID
- tiada had masa
- 100 peserta dalam satu masa
- rekod disimpan di dalam Google Drive UniSZA

Sebarang pertanyaan atau bantuan berkenaan Google Meet UniSZA boleh berhubung dengan :

Puan Nurul Azurin binti Abdul Wahab (09-668 8818 / 017-953 5770)
Puan Hazlinda binti Hassan (09-668 8885 / 019-986 7348)
Encik Mohd Zuraidi bin Mohamad (09-668 8884 / 011-1648 1769)

2. Microsoft Teams UniSZA :
Semua pensyarah boleh menggunakan Ms Teams UniSZA dengan mengunakan Microsoft 365 ID
- tiada had masa
- 1000 peserta dalam satu masa
- rekod disimpan dalam Ms Drive UniSZA

Sebarang pertanyaan atau bantuan berkenaan Microsoft Teams UniSZA boleh berhubung dengan :

Puan Wan Nor Hannani binti W Dagang (09-6688949 / 010-204 7004)
Encik Che Wan Hishamuddin bin Che Wan Mansor (09-668 8867 / 012-959 3438)
Encik Razali bin Mohd (09-668 8959 / 012-939 5380)

Pihak PPIR dalam proses untuk menyelesaikan masalah ini. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Harap maklum dan terima kasih.

Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR), UniSZA

 
 

Dihantar oleh: nurulazurin@unisza.edu.my
.