Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
HEBAHAN BULETIN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN SIRI 14
Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), UniSZA telah mengeluarkan Buletin Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Siri 14 yang bertajuk NADAPOD 2004 (Notification of Accident, Dangerous Occurrence, Occupational Poisoning and Occupational Disease).
Untuk memuat turun buletin tersebut, tuan/puan boleh layari laman sesawang JKKP UniSZA di pautan https://keselamatan.unisza.edu.my.
Dengan adanya buletin ini, ianya dapat memberikan sedikit maklumat atau panduan berhubung aspek keselamatan dan kesihatan kepada semua staf dan sebagai suatu bentuk pengetahuan tambahan yang mungkin bermanfaat pada masa akan datang.
Sebarang pertanyaan berhubung aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan UniSZA, sila hubungi 09-6688664/7830/8363.
Sekian, terima kasih.
Bahagian Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan,
Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan,
Universiti Sultan Zainal Abidin