Berita

Hebahan

JEMPUTAN KE BENGKEL PENGUKUHAN PENILAI DALAMAN FRGS TAHUN 2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inkubator Penyelidikan (CREIM) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan UniSZA (CenTTM) akan mengadakan Bengkel Pengukuhan Penilai Dalaman FRGS Tahun 2022. Tujuan bengkel ini diadakan bagi memberi pendedahan mengenai ciri-ciri proposal FRGS yang menepati kehendak KPT.

 

Maklumat bengkel adalah sepertimana berikut:-

Tarikh/ Hari:        19 Januari 2022 (Rabu)

Masa:                   10.00 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat:               Secara Dalam Talian (https://unisza.webex.com)

Penceramah:       YBrs. Prof. Sr. Dr. Abdul Rashid Abdul Aziz

                             Panel Penilai Dana Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi (DP KPT)

                             Universiti Sains Malaysia (USM)

 

Sehubungan dengan itu, semua staf akademik yang berpangkat Profesor Madya dan ke atas dijemput menyertai bengkel tersebut menerusi pautan https://tinyurl.com/Penilai2022 (kata laluan: SHwnWJFw433).

Kehadiran ke bengkel ini akan direkod sebagai latihan tahunan staf. Sila hubungi Encik Nur Amatur Rahman bin Abd Razak, Pengawai Penyelidikan Sosial, CREIM di talian 09-668 7984 untuk sebarang pertanyaan.

Segala kerjasama amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.