Berita

Hebahan

JEMPUTAN KE SESI PERKONGSIAN DAN TIPS PERMOHONAN GERAN TRGS 2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inkubator Penyelidikan (CREIM) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan UniSZA (CenTTM) akan mengadakan Sesi Perkongsian dan Tips Permohonan Geran TRGS 2022. Tujuan sesi perkongsian ini adalah memberi pendedahan kepada penyelidik berkenaan ciri-ciri proposal TRGS dan tips serta kesilapan lazim penyelidik dalam penyediaan proposal TRGS.

Maklumat sesi perkongsian adalah sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh/ Hari:             17 Februari 2022 (Khamis)

Masa:                         10.00 pagi

Tempat:                     Dewan Auditorium Akademik,

                                   UniSZA Kampus Gong Badak

Penceramah:             YBrs. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi bin A. Latif

                                   Fakulti Perubatan

Surat jemputan peserta yang dipilih oleh Ketua Pusat Tanggungjawab (KPTj) telah diedarkan ke PTj/Fakulti masing-masing pada 14 Februari 2022 (Isnin). 

Untuk makluman, sesi perkongsian ini juga terbuka kepada semua kakitangan akademik UniSZA secara atas talian menerusi pautan  https://tinyurl.com/TRGS2022 (kata laluan: vAqrk3MPd54).

Kehadiran ke sesi perkongsian ini akan direkod sebagai latihan tahunan staf. Sila hubungi Encik Nur Amatur Rahman bin Abd Razak, Pengawai Penyelidikan Sosial, CREIM di talian 09-668 7984 untuk sebarang pertanyaan.

Segala kerjasama amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

 

Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.