Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Program Virtual Talk Dengan Kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) secara dalam talian Cisco Webex Event. Tajuk Virtual Talk " Pencegahan Keterhutangan Serius Dalam Kalangan Penjawat Awam".
Maklumat Program adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh / Hari: 22 Februari 2022 (Selasa)
Masa: 11.00 Pagi - 1.00 Petang
Tempat: Secara Dalam Talian (Cisco Webex Event)
Untuk makluman program ini terbuka kepada semua warga UniSZA. Cabutan bertuah daripada Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) menanti peserta yang bertuah.
Kerjasama tuan/puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM) Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak Tel: 09-6688694/8378
Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my