Berita

Hebahan

JEMPUTAN MENGHADIRI LATIHAN PEMERKASAAN PENYELIDIK UniSZA SIRI 1/2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, UniSZA dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan UniSZA (CenTTM) akan mengadakan Latihan Pemerkasaan Penyelidik UniSZA Siri 1/2022: Research With Citation Index Databases. Tujuan latihan adalah memberi pendedahan tentang Citation Index dan kepentingannya disamping mengetahui kriteria pemilihan Citation Index Databases antarabangsa seperti WOS, Scopus dan Cross Reference.

Maklumat latihan adalah sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh/ Hari:          07 Mac 2022 (Isnin)

Masa:                     9.00 pagi hingga 1.00 petang

Tempat:                 Secara Dalam Talian (https://unisza.webex.com)

Penceramah:         Encik Mohd Ikhwan bin Ismail

                               Universiti Sains Malaysia (USM)

Surat jemputan peserta yang dipilih oleh Ketua Pusat Tanggungjawab (KPTj) telah diedarkan ke PTj/Fakulti masing-masing pada 02 Mac 2022 (Rabu). 

Untuk makluman, latihan ini juga terbuka kepada semua pensyarah, penyelidik dan pustakawan UniSZA secara dalam talian menerusi pautan https://unisza.webex.com/meet/PWB.

Kehadiran ke latihan ini akan direkod sebagai latihan tahunan staf. Sila berhubung dengan Encik Muhammad Khairi bin Che Zahari, Penolong Pendaftar, Perpustakaan Al-Wathiqu Billah UniSZA di talian 09-668 7808 untuk sebarang pertanyaan.

Segala kerjasama amat dihargai dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.