Berita

Hebahan

Kenaikan Pangkat (Secara Fleksi) Staf Pentadbiran Kumpulan Pengurusan dan Profesional

Kuala Nerus, satu sesi penyerahan surat kenaikan pangkat (secara fleksi) kepada tujuh (7) orang Staf Pentadbiran, Kumpulan Pengurusan dan Profesional telah diadakan pada 13 Mac 2022 bertempat di Pejabat Pendaftar, Bangunan Canselori, UniSZA. 

Penyerahan surat ini telah disampaikan oleh Pendaftar UniSZA iaitu Encik Ismail bin Musa. Pengurusan UniSZA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Muhammad Nafis bin Mohd Noor di Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atas pelantikan sebagai Pegawai Keselamatan Gred KP44, tiga (3) orang staf di Fakulti Sains Kesihatan iaitu Encik Arif Faddilah bin Mohd Noor, Puan Zalilah @ Shuhada binti Jan Mohamed dan Puan Nor Azimah binti Othman atas pelantikan sebagai Pengajar Juru X-Ray Gred U44, tiga (3) orang staf di Fakulti Perubatan iaitu Puan Siti Suhana binti Zakaria, Puan Nor Ayliwati binti Ali dan Puan Che Ruhaya binti Jamaludin atas pelantikan sebagai Pengajar Jururawat Gred U44. 

Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 15 Februari 2022.

Dihantar oleh: usairizainuddin@unisza.edu.my
.