Berita

Hebahan

Kenaikan Pangkat Staf Akademik UniSZA

Kuala Nerus, satu sesi penyerahan surat kenaikan pangkat kepada Staf Akademik UniSZA telah diadakan pada 23 Mac 2022 bertempat di Pejabat Naib Canselor, Bangunan Canselori, UniSZA. Sesi penyerahan surat ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Naib Canselor UniSZA. Pengurusan UniSZA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada empat (4) orang Staf Akademik UniSZA di atas kenaikan pangkat sebagai Pensyarah Universiti Gred DS54 (Profesor Madya) iaitu Prof. Madya Dr. Ong Swee Leong di Fakulti Perubatan, Prof. Madya Dr. Nik Mohd Norfadzilah bin Nik Mohd Rashid di Fakulti Perniagaan dan Pengurusan, Prof. Madya Dr. Suhailan bin Safei di Fakulti Informatik dan Komputeran dan Prof. Madya Engku Suhaimi bin Engku Atek di Fakulti Bahasa dan Komunikasi. Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 16 Mac 2022.

Dihantar oleh: rohaida@unisza.edu.my
.