Berita

Hebahan

MAKLUMAN MUAT TURUN APLIKASI I UniSZA 2 BAGI PENGAMBILAN & PEMULANGAN (JUBAH PENSYARAH)

Assalamualaikum Ybrs. Prof, Dr, Tuan & Puan,

Adalah dimaklumkan bahawa pengambilan & pemulangan Jubah Pensyarah hanya akan diagihkan mengikut senarai jemputan yang diberikan oleh Sekretariat Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA Kali Ke-13 kepada Jawatankuasa Pakaian Akademik.

Sehubungan itu, dipohon perhatian dan jasa baik Ybrs. Prof. Dr. Tuan & Puan untuk memuat turun applikasi i UniSZA 2 di dalam telefon masing-masing bagi urusan pengambilan. Muat turun boleh dibuat di Google Play Store atau Apple Store.

Jadual Pengambilan & Pemulangan adalah bermula pada 24-31 Mac 2022. Untuk info terperinci, sila rujuk Notis Pengambilan & Pemulangan Pakaian Akademik Pensyarah.

Segala kerjasama diucapkan jutaan terima kasih.

Jawatankuasa Pakaian Akademik Majlis Idul Ilmi Konvokesyen UniSZA Kali Ke 13

Dihantar oleh: nursharulmjohari@unisza.edu.my
.