Berita

Hebahan

CERAMAH IHYA RAMADAN SECARA DALAM TALIAN KEPADA STAF UniSZA SIRI 2/2022

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Ceramah Ihya Ramadan Secara Dalam Talian Kepada Staf UniSZA Siri 2/2022. Tujuan program ini diadakan adalah untuk kita menghayati ibadah puasa sebagai salah satu rukun Islam, menerapkan nilai murni dan akhlak yang baik berteraskan Al-Quran dan tauladan serta menghayati bulan Ramadan Al-Mubarak sebagai bulan yang dipenuhi rahmat dan barakah serta pemangkin kejayaan Ummah.

Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh/Hari:       12 April 2022 (Selasa)

Masa:                  9.00 Pagi

Aplikasi:             Secara Dalam Talian
                            Link: https://tinyurl.com/CeramahIhyaRamadan2022
                            Kata Laluan: vmJ33mTanZ6

Penceramah:      YBrs. Prof. Madya Dr. Anas bin Mohd Yunus                                                    Pengetua Kolej Kediaman & Kesihatan Pelajar UniSZA

Tajuk Ceramah:   Menghidupkan Ramadan Alaf Baru

Sehubungan dengan itu, semua staf UniSZA dijemput untuk mengikuti sesi ceramah secara dalam talian tersebut. Kerjasama YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM)
Bangunan CenTTM
UniSZA Kampus Gong Badak
Tel: 09-6688694/8378

Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.