Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Taklimat Tips Pemakanan Sihat Di Bulan Ramadan kepada staf UniSZA. Tujuan kursus ini adalah untuk berkongsi hikmah berpuasa dan tips pemakanan sihat.
Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut:
Penceramah: YBrs. Dr. Mohd Ibrahim bin Abdullah Pensyarah Universiti, Fakulti Sains Kesihatan UniSZA
Tajuk Ceramah: Tips Pemakanan Sihat Di Bulan Ramadan
Sehubungan dengan itu, semua staf UniSZA dijemput untuk mengikuti sesi taklimat secara dalam talian tersebut. Kerjasama YBrs. Prof./ Prof. Madya/Dr./tuan/puan dalam menjayakan program ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM) Bangunan CenTTM UniSZA Kampus Gong Badak Tel: 09-6688694 / 8378