Berita

Hebahan

Takwim Ihya' Ramadhan 1443H/2022M

Assalamualaikum Wmt Wbt,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Islam UniSZA Kampus Besut dengan kerjasama beberapa PTJ dan Persatuan mahasiwa/i telah merancang untuk melaksanakan beberapa Program bersempena Ihya’ Ramadhan 1443H  (Mohon rujuk banner yang disertakan)

Sehubungan dengan itu, Pusat Islam UniSZA Kampus Besut ingin memohon YBrs. Prof. / Dr. / Tuan / Puan, Para Dermawan sekalian agar dapat menyalurkan sumbangan ke akaun berikut:

Bank Islam

13062010004183

Mohon nyatakan : Ihya Ramadhan 1443H – UniSZA Kampus Besut

Rasul kita shallallahu ‘alaihi wa sallam, teladan terbaik bagi kita, beliau adalah orang yang paling dermawan, dan kedermawanan beliau lebih dahsyat lagi di bulan Ramadhan. Hal ini diceritakan oleh Ibnu Abbas radhiallahu’anhuma:

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan. Dan beliau lebih dermawan lagi di bulan Ramadhan saat beliau bertemu Jibril. Jibril menemuinya setiap malam untuk mengajarkan Al Qur’an. Dan kedermawanan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melebihi angin yang berhembus.” (HR. Bukhari, no.6)

Kerjasama daripada YBrs. Prof. / Dr. /Tuan / Puan, para dermawan sekalian dalam menjayakan program yang dirancang ini amatlah dihargai dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan Jazakumullahu Khairan Kathira.

Dihantar oleh: nooraminuddin@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.