Berita

Hebahan

Hebahan Penggunaan Aplikasi Alternatif Persidangan UniSZA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Untuk makluman, buat masa sekarang penggunaan Aplikasi Webex UniSZA masih mempunyai masalah dan Pihak PPIR masih dalam proses menyelesaikan permasalahan tersebut.

Oleh itu, mohon semua kakitangan menggunakan Aplikasi alternatif lain yang UniSZA sediakan untuk mengadakan mesyuarat secara atas talian. Di antara alternatif lain yang boleh digunakan adalah seperti berikut:

1. Google Meet UniSZA:
Semua staf dan pensyarah yang mempunyai emel rasmi UniSZA boleh menggunakan Google Meet UniSZA dengan login kepada UniSZA ID

Link user guide :
https://drive.google.com/drive/folders/1FKN8_T7IXIYL37TR_x0bMK714OX9BiLU?usp=sharing

Sebarang pertanyaan atau bantuan berkenaan Google Meet UniSZA boleh berhubung dengan :

Bahagian Rangkaian & Pusat Data
Puan Noraida binti Yaacob (09-668 8840 / 013-997 7237)
Puan Nurul Azurin binti Abdul Wahab (09-668 8818 / 017-953 5770)
Puan Hazlinda binti Hassan (09-668 8885 / 019-986 7348)
Encik Mohd Zuraidi bin Mohamad (09-668 8884 / 011-1648 1769)


2. Microsoft Teams UniSZA :
Semua kakitangan boleh menggunakan Ms Teams UniSZA dengan mengunakan akaun Microsoft 365 ID

Link user guide :
https://drive.google.com/drive/folders/1Mwx4PyDzGd-vyE8l8majw2mDnVqgcyQt?usp=sharing

Untuk pendaftaran dan sebarang pertanyaan atau bantuan berkenaan Microsoft Teams UniSZA boleh berhubung dengan :

Bahagian Teknikal
Encik Bokhairi bin Muhammad (09-668 8831 / 012-349 9689)
Encik Che Wan Hishamuddin bin Che Wan Mansor (09-668 8867 / 012-959 3438)

Pohon pengguna UniSZA untuk menggunakan aplikasi alternatif lain sepertimana yang dicadangkan di atas sehingga masalah yang berlaku ini dapat ditanggani. Penggunaan aplikasi Webex buat masa ini masih terganggu dan kemungkinan tidak dapat di akses.

Pihak PPIR akan memaklumkan maklumat terkini dari semasa ke semasa. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Harap maklum dan terima kasih.

Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR), UniSZA09:58 AM

 
 

Dihantar oleh: nurulazurin@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.