Berita

Hebahan

BENGKEL PENYELIAAN SISWAZAH ANJURAN PUSAT PENGAJIAN SISWAZAH (PPS)

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dimaklumkan bahawa, Pusat Pengajian Siswazah (PPS) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Bengkel Penyeliaan Siswazah sepertimana ketetapan berikut:

            Tarikh:               1 & 2 Jun 2022 (Rabu & Khamis)

            Masa:                8.30 pagi hingga 4.30 petang

            Tempat:            Dewan Seminar CenTTM 1

            Penceramah:    i) YBrs. Prof. Dr. Asyraf bin Hj A Rahman

                                         Dekan, Pusat Pendidikan Asas dan Lanjutan (PPAL)

                                         Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

                                      ii)YBrs. Prof. Dr. Mohd Rafi bin Yaacob

                                        Pensyarah, Fakulti Perniagaan dan Keusahawanan

                                        Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Bengkel ini diadakan bagi tujuan memberi panduan kepada penyelia baharu dan lama dalam menyelia pelajar siswazah serta meningkatkan kefahaman penyelia tentang tanggungjawab, kaedah dan etika serta amalan penyeliaan berkesan.

Sila berhubung dengan Puan Nur Amalyna binti Radzali, Pegawai Psikologi Kanan, CenTTM di talian 09-6688961 untuk sebarang pertanyaan.

Sekian untuk makluman

Dihantar oleh: azroizham@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.