Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Kursus Penulisan Minit Mesyuarat (Format Jemaah Menteri) Kepada Staf Pentadbiran UniSZA (Gred 41 dan ke atas) yang mengendalikan minit mesyuarat utama universiti dan mesyuarat di Pusat Tanggungajawab (PTj) seperti Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU), Mesyuarat Lembaga Pengurusan Universiti (LPU), Mesyuarat Senat dan sebagainya. Tujuan kursus ini diadakan bagi mengukuhkan kaedah penulisan minit mesyuarat mengikut format rasmi kerajaan.
Maklumat kursus adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/Hari: 12-13 Jun 2022 (Ahad - Isnin)
Masa: 8.30 Pagi - 4.30 Petang
Aplikasi: Dewan Seminar CenTTM 1 Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM) UniSZA Kampus Gong Badak
Penceramah: Puan Shahidah binti Sulong Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
Tajuk Ceramah: "Penulisan Minit Mesyuarat (Format Jemaah Menteri)"
Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan kursus ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM)
Bangunan CenTTM
UniSZA Kampus Gong Badak
Tel: 09-6688694/8378