Berita

Hebahan

Gangguan Akses Kepada Sistem-Sistem Aplikasi UniSZA

Adalah dimaklumkan, Pusat Pengurusan Infostruktur dan Rangkaian(PPIR) akan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan pangkalan data (database) bagi sistem-sistem aplikasi UniSZA pada tarikh dan masa seperti berikut:

Tarikh : 23hb Jun 2022 (Khamis) - 25hb Jun 2022(Sabtu)
Masa   : Bermula 5.00 petang (Khamis) 

Sepanjang kerja-kerja tersebut dilaksanakan, Portal Pelajar, Portal Staf dan semua aplikasi yang terlibat dengan proses penyelenggaraan tersebut akan dihalang untuk diakses kepada pengguna.

Pihak kami memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang berlaku. Perhatian dan kerjasama berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Harap maklum. 

Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Dihantar oleh: nikfarid@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.