Berita

Hebahan

BENGKEL PEMANTAPAN PENILAIAN ALTERNATIF SIRI 2 KEPADA STAF AKADEMIK UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

Sukacita dimaklumkan bahawa, Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Bengkel Pemantapan Penilaian Alternatif Siri 2 sepertimana ketetapan berikut:

            Tarikh:              23 Jun 2022 (Khamis)

            Masa:                8.00 pagi hingga 5.00 petang

            Tempat:            Dewan Auditorium, Perpustakaan

                                      UniSZA Kampus Gong Badak

            Penceramah:   YBrs. Dr. Shahreza bin Md. Sheriff

                                      Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

Bengkel ini diadakan bagi tujuan membina pentaksiran responsif terhadap pencapaian secara holistik, membangunkan pentaksiran alternatif yang mewujudkan pengalaman positif melalui PdP serta memastikan mencapai penjajaran konstruktif yang berkesan. 

Surat kepada peserta yang terpilih telah di edarkan/emel pada 9 Jun 2022. Sila berhubung dengan Puan Nur Amalyna binti Radzali, Pegawai Psikologi Kanan CenTTM di talian 09-6688961 untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Sekian dan salam hormat.

Dihantar oleh: azroizham@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.