Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Sukan dan Rekreasi (PSR) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Fit UniSZA Challenge Diet Talks 2022. Tujuan taklimat ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta Fit UniSZA Challenge 3.0 Tahun 2022 tentang tips pemakanan sihat untuk diamalkan dalam kehidupan seharian.
Maklumat program adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/Hari: 19 Jun 2022 (Ahad)
Masa: 3.00 Petang
Aplikasi: Secara Dalam Talian (Cisco Webex Meeting) Link : https://tinyurl.com/FitUniSZA2022
Kata Laluan: rPdsghJH327
Penceramah: YBrs. Prof. Madya Dr. Aryati binti Ahmad Timbalan Dekan (Penyelidikan & Pembangunan) Fakulti Sains Kesihatan / Pakar Pemakanan
Tajuk Ceramah: Diet Talks
Sila berhubung dengan Encik Wan Mohd Hamidi bin Wan Harun, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688694 untuk sebarang pertanyaan dan makluman. Kerjasama YBrs. Prof./ Prof. Madya/ Dr./ tuan/ puan dalam menjayakan taklimat ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, untuk makluman.
Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM)
Bangunan CenTTM
UniSZA Kampus Gong Badak
Tel: 09-6688694/8378