Berita

Hebahan

BENGKEL PEMBANGUNAN PENSYARAH (MODUL MU’ALLIM) BAGI PENERAPAN ELEMEN FLEXIBLE EDUCATION SIRI 1

Assalamualaikum

Dimaklumkan bahawa, Pejabat Timbalan Naib Canselor (PTNC A&A), Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan bengkel Pembangunan Pensyarah (Modul Mu’allim) bagi Penerapan Elemen Flexible Education With Souls (FlexS)Siri 1 sepertimana ketetapan berikut:

           Tarikh:            22 Jun 2022 (Rabu)

            Masa:              2.30 petang hingga 5.00 petang

            Tempat:          Secara Dalam Talian

            Link:               https://tinyurl.com/MUALLIMSIRI1     

Bengkel ini diadakan bagi tujuan menjelaskan peranan pendidik berdasarkan ciri-ciri murabbi, menerapkan aspek tarbiah dan adab dalam pembelajaran dan pengajaran serta melahirkan pendidik yang dapat menguasai fungsi sebagai Mua’allim, Muaddib dan Murabbi. 

Sila berhubung dengan Puan Nur Amalyna binti Radzali, Pegawai Psikologi Kanan, CenTTM di talian 09-6688961 untuk sebarang pertanyaan.

Sekian dan salam hormat.

Dihantar oleh: azroizham@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.