Berita

Hebahan

BENGKEL PEMERKASAAN KEUSAHAWANAN DAN INDUSTRI DALAM KURIKULUM

Dimaklumkan bahawa, Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Bengkel Pemerkasaan Keusahawanan dan Industri Dalam Kurikulum sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh:              27 Jun 2022 (Isnin)

Masa:                8.30 pagi hingga 5.00 petang

Tempat:            Dewan Auditorium Perpustakaan

                          UniSZA Kampus Gong Badak

Penceramah:   

i)  Prof. Madya Dr. Ramesh K S @ Mohd Zaidi bin Abd. Rozan

Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

ii) Fazida Binti Karim

Timbalan Pengarah

Pusat Kerjaya,Teknousahawan dan Jaringan Pintar (PaKaT),

Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)             

Bengkel ini diadakan bagi tujuan memperkasakan aspek keusahawanan dan jaringan industri dalam pembentukan kurikulum, kaedah pembelajaran dan pengajaran, pentaksiran dan inovasi akademik. Sehubungan dengan itu, YBrs. Prof. Madya/Dr./tuan/puan dijemput hadir ke bengkel ini sepertimana maklumat yang dinyatakan di atas.

Sila berhubung dengan Dr. Nur Shafika binti Mohd Sairazi, Penyelaras HIEPs & SULAM (CoMAE-i) di talian 013-2331485 untuk sebarang pertanyaan.

Sekian untuk makluman

Dihantar oleh: azroizham@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.