MAKLUMAN PENUTUPAN STOR PUSAT, PEJABAT BENDAHARI BERMULA PADA 28-30/06/2022 (SELASA-KHAMIS) BAGI PENGIRAAN STOK SUKU TAHUN KE-2 (APR-JUN) 2022
Kepada semua warga UniSZA,
Sukacita dimaklumkan, Seksyen Pengurusan Aset akan menjalankan pemeriksaan stok di Stor Pusat, Pejabat Bendahari. Pemeriksaan ini merangkumi pengiraan stok keluar masuk barang di Stor Pusat secara keseluruhan.
Sehubungan itu, Stor Pusat, Pejabat Bendahari akan ditutup bermula pada 28-30/06/2022 (Selasa-Khamis) kerana pemeriksaan ini akan melibatkan semua kakitangan Seksyen Pengurusan Aset. Semua PTj yang memerlukan stok alatan pejabat untuk kegunaan segera, HENDAKLAH mengambil barang di Stor Pusat pada 27/06/2022 (Isnin), SEBELUM 01.00 TENGAHARI.
Kerjasama daripada semua warga UniSZA amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Dihantar oleh: faridahaziz@unisza.edu.my