Assalammualaikum & Salam Sejahtera...
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan akan mengadakan Kursus Pengurusan Stres Staf UniSZA 2022. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk menambahkan pengetahuan staf untuk mengurus tekanan diri (stres) dengan berkesan melalui pemantapan pengurusan diri, meningkatkan kemahiran peserta untuk mengesan, mengawal dan mengatasi tekanan dalaman diri serta memantapkan tahap kesihatan diri dan mewujudkan persekitaran yang lebih positif di tempat kerja dan mengatasi tekanan dalam perhubungan dengan rakan sekerja melalui kemahiran insaniah yang tinggi.
Maklumat kursus adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/Hari: 28 Julai 2022 (Khamis)
Masa: 8.30 Pagi - 4.30 Petang
Tempat: Dewan Seminar CenTTM 1 Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM) UniSZA Kampus Gong Badak
Penceramah: Encik Shamsuddin bin Md Yusof Ketua Kaunselor Pendidikan Terengganu Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
Sila berhubung dengan Encik Wan Mohd Hamidi bin Wan Harun, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688694 untuk sebarang pertanyaan dan makluman. Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan kursus ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, untuk makluman.
Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM)
Bangunan CenTTM
UniSZA Kampus Gong Badak
Tel: 09-6688694/8378