Berita

Hebahan

KPT PRIHATIN, KOMUNITI SEJAHTERA (KRIS) HPUniSZA DI KELANTAN

Pada 29&30 JULAI, telah berlangsung satu program KPT PRIHATIN, KOMUNITI SEJAHTERA (KRIS) HPUniSZA di Kelantan Darul Naim.

Program komuniti yang melibatkan seramai 44 peserta terdiri daripada doktor, jururawat dan staff pentadbiran HPUniSZA  telah berkunjung ke Rumah Kebajikan Darul Aitam (anak yatim) & Pusat Jagaan Kenangan Hajjah Rahmah (warga emas) 

Aktiviti program yang telah dijalankan merangkumi saringan kesihatan, konsultasi kesihatan, ceramah pendidikan kesihatan, rawatan kejururawatan dan sesi menyantuni anak yatim serta warga emas.

Tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.
“Komuniti prihatin, kasih sayang terjalin”

Dihantar oleh: supiantawang@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.