Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sukacita dimaklumkan bahawa Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi (FRIT) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan UniSZA (CenTTM) akan mengadakan Bengkel Developing Research Competency Of Academic Staff Through IR 4.0 Related Projects. Tujuan bengkel ini diadakan untuk membangunkan pengetahuan, berkongsi pengalaman dan kemahiran dalam mengintegrasikan eleman IR 4.0 ke dalam pengajaran dan pembelajaran serta memberi pendedahan holistik kepada penyeliaan projek tahun akhir, penyediaan bahan pengajaran dan strategi penilaian selaras dengan piawaian IR 4.0.
Maklumat bengkel adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/ Hari: 10 - 11 Ogos 2022 (Rabu - Khamis)
Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Dewan Auditorium
Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB)
UniSZA Kampus Gong Badak
Penceramah: YBrs. Prof. Ir. Dr. Norhayati binti Soin
Universiti Malaya (UM)
Surat jemputan peserta yang dipilih oleh Ketua Pusat Tanggungjawab (KPTj) telah diedarkan ke PTj/Fakulti masing-masing pada 04 Ogos 2022 (Khamis).
Kehadiran ke bengkel ini akan direkod sebagai latihan tahunan staf. Sila berhubung dengan YBrs. Dr. Norliana binti Yusof, Pensyarah, FRIT di talian 09-6688485 untuk sebarang pertanyaan.
Kerjasama YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan dalam menjayakan bengkel ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my