MAKLUMAN
Kepada Para Pembekal
Universiti Sultan Zainal Abidin akan melaksanakan sistem Tenderwizard bagi tujuan meningkatkan keberkesanan serta kelancaran proses perolehan sebut harga dan tender universiti secara berperingkat bermula 1 September 2022. Sistem ini merupakan penyelesaian bagi keperluan sebutharga/ tender elektronik dan pembidaan elektronik.
Sistem Tenderwizard ini merangkumi aspek perolehan termasuk pendaftaran pembekal, persiapan sebut harga/ tender, permintaan pembelian, muat naik tawaran, pembelian dokumen tawaran, penyerahan tawaran dan juga penilaian tawaran.
Sehubungan itu, pembekal adalah dipelawa untuk menghadiri sesi taklimat sistem sebagai langkah persediaan yang akan diadakan pada 18 Ogos 2022. Pembekal dikehendaki memilih sama ada untuk menghadiri sesi ini secara bersemuka atau dalam talian dengan memberi maklumbalas pada borang melalui pautan ini. Borang ini hendaklah diisi selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2022.
Sekian,
8 Ogos 2022
TAKLIMAT PENGGUNAAN TENDERWIZARD BAGI PEMBEKAL UniSZA (18 Ogos 2022)
https://forms.gle/phwa9xWgLzsPKSWm9