KERJA-KERJA MENAIKTARAF PERISIAN KOMPUTER PELAYAN UTAMA UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Y.Bhg. Dato'/Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan,
Untuk makluman semua, Pusat Pengurusan Infostruktur dan Rangkaian (PPIR) akan menaiktaraf perisian Komputer Pelayan Utama UniSZA sepertimana ketetapan berikut :
Tarikh : bermula 11/08/2022 (Khamis) sehingga 13/08/2022 (Sabtu)
Masa : 6.00 petang (Khamis) sehingga 6.00 petang (Sabtu)
Sepanjang kerja-kerja menaiktaraf perisian tersebut dijalankan, semua aplikasi UniSZA termasuk Portal Pelajar dan Portal Staf serta penggunaan WiFi tidak akan dapat diakses oleh pengguna.
Pihak PPIR memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang berlaku. Keperihatinan dan kerjasama semua berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan :
Puan Nurzana binti Ahmed Zulkifli (09-668 8882 / 017-3832104)
Puan Noraida binti Yaacob (09-668 8840 / 013-997 7237)
Puan Nurul Azurin binti Abdul Wahab (09-668 8818 / 017-953 5770)
Encik Mohd Ashraf Bin Harizan (09-668 8646 / 013-754 9396)
Harap maklum dan terima kasih.
Pusat Pengurusan Infostruktur & Rangkaian (PPIR)
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)