Satu lawatan kerjasama telah diadakan pada 26 Julai 2022 oleh pihak Serene Group of Companies ke Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Pihak UniSZA diwakili Naib Canselor Prof. Dr. Fadzli Adam serta Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Pembangunan Prof. Ts. Dr. Shukor Abd Razak. Manakala pihak Serene diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif Serene Dr. Shaamiel Davids serta Pegawai Kanan En. Shamsul Fizal Abd Manaf.
Lawatan yang dikelola oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi bersama Fakulti Pengajian Umum & Pendidikan Lanjutan adalah bertujuan untuk membincangkan kerjasama penubuhan pusat rehabilitasi di Pantai Timur. UniSZA berhasrat menjadi hos dalam rehabilitasi ketagihan menerusi kerjasama ini di zon Pantai Timur.
Perbincangan kerjasama ini akan diteruskan dengan perincian dari aspek lokasi, fasiliti, tenaga kerja dan lain-lain diikuti Memorandum Persefahaman antara UniSZA dan Serene Group of Companies.
Dihantar oleh: asmawati@unisza.edu.my