Berita

Hebahan

Bengkel Strategi Penarafan QS dan Prestasi MyRA (Malaysia Research Assessment)

Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan (CREIM) telah mengadakan Bengkel Penarafan Qs dan Prestasi MyRA 2022 pada 4-6 Ogos 2022 (Khamis - Sabtu) bertempat di E-Red Hotel, Kuantan, Pahang.

Program tersebut telah dihadiri oleh Bendahari dan stafnya, Penolong Naib Canselor (Penarafan & Strategik), Ketua Nic, Pengarah serta Timbalan Pengarah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan, SPAQM, Penerbit UniSZA,CLMC, staf Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Pejabat Pendaftar dan Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pembangunan) fakulti.

Program tersebut telah berjaya merangka strategi bagi memastikan penarafan QS dan prestasi MyRA meningkat setiap tahun. Strategi bagi meningkatkan Penarafan MyRA setiap tahun adalah penting bagi menilai sejauh mana keupayaan UniSZA dalam pembangunan, Penyelidikan, Pengkomersialan dan Inovasi. Bagi memastikan agenda kecemerlangan berterusan di UniSZA, strategi tersebut dirangka seiring dengan Pelan Strategik UniSZA.

Dihantar oleh: asmawati@unisza.edu.my
.