Berita

Hebahan

JEMPUTAN MENGHADIRI LATIHAN PEMERKASAAN PENYELIDIK UniSZA SIRI 2/2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Al-Wathiqu Billah, UniSZA dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan UniSZA (CenTTM) akan mengadakan Latihan Pemerkasaan Penyelidik UniSZA Siri 2/2022: Enhancing Research Visibility and Improving Citation. Tujuan latihan adalah untuk meningkatkan keterlihatan penyelidik bagi membolehkan pihak luar mengenali dan mengetahui kewujudan kepakaran yang ada di UniSZA.

Maklumat latihan adalah sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh/ Hari:             16 Ogos 2022 (Selasa)

Masa:                         9.00 pagi hingga 4.30 petang

Tempat:                      Makmal Komputer

                                    Perpustakaan Al-Wathiqu Billah (PWB)

                                    UniSZA Kampus Gong Badak

Surat jemputan peserta yang dipilih oleh Ketua Pusat Tanggungjawab (KPTj) telah diedarkan ke PTj/Fakulti masing-masing pada 09 Ogos 2022 (Selasa).

Kehadiran ke latihan ini akan direkod sebagai latihan tahunan staf. Sila berhubung dengan Encik Muhammad Khairi bin Che Zahari, Penolong Pendaftar, Perpustakaan Al-Wathiqu Billah UniSZA di talian 09-668 7808  untuk sebarang pertanyaan.

Kerjasama YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan dalam menjayakan bengkel ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.