Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inkubator Penyelidikan (CREIM) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan UniSZA (CenTTM) akan mengadakan Taklimat Pengurusan Geran dan Kewangan bagi Projek Penyelidikan Geran Fundamental (FRGS) kelulusan 2022.
Maklumat taklimat adalah sepertimana ketetapan berikut:
Tarikh/ Hari: 28 Ogos 2022 (Ahad)
Masa: 10.00 pagi hingga 12.30 tengahari
Tempat: Secara dalam talian
Link: https://tinyurl.com/bdd5pa5p
Penceramah: i. YBrs. Dr. Imilia binti Ismail
Timbalan Pengarah
(Penyelidikan & Penerbitan)
CREIM
ii. Encik Mohd Fadhil bin Hussein
Ketua Penolong Bendahari
Pejabat Bendahari
Kehadiran ke taklimat ini akan direkod sebagai latihan tahunan staf. Sila berhubung dengan Puan Nurul Liyana binti Mohamad Yusof, Penolong Pendaftar, CREIM di talian 09-668 8452 untuk sebarang pertayaan.
Kerjasama YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan dalam menjayakan taklimat ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian dan salam hormat.
Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my