Berita

Hebahan

JEMPUTAN TAKLIMAT LAYANAN CUKAI TERHADAP PERBELANJAAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN YANG LAYAK

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Bendahari dengan kerjasama Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inkubator Penyelidikan (CREIM) dan Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Taklimat Layanan Cukai Terhadap Perbelanjaan Penyelidikan dan Pembangunan yang Layak.

Maklumat taklimat adalah sepertimana ketetapan berikut:

            Tarikh/ Hari:               29 Ogos 2022 (Isnin)

            Masa:                         8.30 pagi hingga 1.00 petang

            Tempat:                      Dewan Resital Seni

                                                Aras 1, Pusat Kesenian dan Warisan

                                                UniSZA Kampus Gong Badak

            Penceramah:              Encik Nik Ahmad Shahril bin N Mohd Nabil

                                                 Senior Assisstant Director

                                                 Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Surat jemputan peserta yang dipilih oleh Ketua Pusat Tanggungjawab (KPTj) telah diedarkan ke PTj/Fakulti masing-masing pada 25 Ogos 2022 (Khamis).

Kehadiran ke taklimat ini akan direkod sebagai latihan tahunan staf. Sila berhubung dengan Encik Mohd Fadhil bin Hussein, Ketua Penolong Bendahari, Pejabat Bendahari di talian 09- 6687910 untuk sebarang pertanyaan.

Kerjasama YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan dalam menjayakan taklimat ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.