Berita

Hebahan

KURSUS PENGURUSAN IMEJ PROFESIONAL STAF UniSZA SIRI 2/2022

Assalammualaikum & Salam Sejahtera...

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan akan mengadakan Kursus Pengurusan Imej Profesional kepada Staf UniSZA Siri 2/2022. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran berkenaan imej yang sering dilakukan oleh golongan penjawat awam tidak kira lelaki mahupun wanita dan mengetahui 'business etiquette' yang perlu dipraktikkan sebagai penjawat awam apabila berurusan dengan pihak luar.

Maklumat kursus adalah sepertimana ketetapan berikut:

Tarikh/Hari:          15 September 2022 (Khamis)

Masa:                   8.30 Pagi - 4.30 Petang

Tempat:               Dewan Seminar CenTTM 1                                                                                    Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM)                                                       UniSZA Kampus Gong Badak

Penceramah:       YBrs. Dr. Wan Omar Ali Saifuddin bin Wan Ismail                                                  Certified Professional Image Consultant (CPIC) 

Sila berhubung dengan Encik Wan Mohd Hamidi bin Wan Harun, Penolong Pendaftar, CenTTM di talian 09-6688694 untuk sebarang pertanyaan dan makluman. Kerjasama tuan/puan dalam menjayakan kursus ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, untuk makluman.

 

Pusat Pengurusan Bakat & Latihan (CenTTM)
Bangunan CenTTM
UniSZA Kampus Gong Badak
Tel: 09-6688694/8378

Dihantar oleh: mohdkhalid@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.