Berita

Hebahan

JEMPUTAN KE SESI PERKONGSIAN DAN TIPS PERMOHONAN GERAN FRGS 2023

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inkubator Penyelidikan (CREIM) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Sesi Perkongsian dan Tips Permohonan Geran FRGS 2023.

Maklumat sesi perkongisan adalah sepertimana ketetapan berikut:

            Tarikh/ Hari:              21 September 2022 (Rabu)

            Masa:                         10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari

            Tempat:                      Dewan Resital Seni

                                                Pusat Kesenian dan Warisan (PKW)

                                                UniSZA Kampus Gong Badak

            Penceramah:             YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ahmad Zubaidi A. Latif

                                                Pengarah, Hospital Pengajar UniSZA

Surat jemputan peserta yang dipilih oleh Ketua Pusat Tanggungjawab (KPTj) telah diedarkan ke PTj/Fakulti masing-masing pada 19 September 2022 (Isnin).

Kehadiran ke sesi perkongsian ini akan direkod sebagai latihan tahunan staf. Sila berhubung dengan Encik Nur Amatur Rahman bin Abd Razak, Penolong Pendaftar, CREIM di talian 09-668 7984 untuk sebarang pertanyaan.

Kerjasama YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan dalam menjayakan sesi perkongsian ini adalah diharapkan dan segala komitmen yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian dan salam hormat.

Dihantar oleh: norlaili@unisza.edu.my
Klik pada gambar untuk papar gambar saiz asal

.