Assalamualaikum Wm. Wbt.,
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Kecemerlangan dan Inovasi Akademik (CoMAE-i) akan mengadakan Bengkel Pembangunan Pensyarah (Modul Mu'allim) bagi penerapan elemen Flexible Education with Soul (FlexS). Bengkel ini diadakan bertujuan untuk menjelaskan peranan pendidik berdasarkan ciri-ciri murabbi dan melahirkan pendidik yang dapat menguasai fungsi sebagai Mu'allim, Muaddib dan Murabbi.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi Dr. Zuraidah Juliana binti Mohamad Yusoff, Penyelaras FlexS, CoMAE-i ditalian 019 549 8412. Komitmen YBrs. Prof./Prof. Madya/Dr./tuan/puan menjayakan bengkel ini didahului dengan ucapan terima kasih.
Sekian, wassalam.
Dihantar oleh: zaliha@unisza.edu.my